Monday 30 May 2011

Riwayat Ringkas Syeikh Soleh Jaafariah

Nama beliau Soleh bin Muhammad bin Soleh al-Ja'fari al-Husaini al-Azhari al-Maliki.

al-Jaafari: Kerana keturunan beliau kepada Sayyidina Al-Imam Jaafar as-Sodiq.

al-Husaini: Nisbah kepada Saidina Al-Imam Husain bin Ali.

al-Azhari: Nisbah kepada Al-Azhar, tempat beliau menuntut ilmu agama di tangan para masyayikh.

al-Maliki: Nisbah kepada mazhab pegangan beliau iaitu mazhab Maliki.

Dilahirkan pada hari Khamis 10 Jamadil Akhir tahun 1328 Hijrah di wilayah Dunqula, negara Sudan. Ayahnya bekerja sebagai petani manakala bondanya sebagai suri rumah manakala datuknya merupaka guru A-Quran yang mendidik anak-anak watan mengenali Al-Quran.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar dalam kuliah Syariah Islamiyah hingga mendapat sijil 'Alamiyah al-'Aliyah) yang setaraf dengan Phd pada zaman ini. Ketika itu juga beliau sempat mengambil ilmu dari ramai para ulamak pada masa itu.

Antara gurunya sewaktu di Al-Azhar ialah:

-Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muthi'e
-Syeikh Habibullah As-Syanqiti
-Syeikh Yusof Ad-Dijwi
-Syeikh Hasan Mazkur
-Syeikh Ahmad Sidiq Al-Ghumari
-Syeikh Hasan Masyat
-Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf Al-'Adawi (Mufti pada ketika itu) dan ramai lagi r.anhum ajma'in.

Sebelum kewafatan, beliau telah mendirikan masjid beliau di Hayyul Khailidin, Darrasah dan dijemput mengadap Allah pada petang Isnin, 18 Jamadil Awal tahun 1399 Hijrah bersamaan tahun 1979 masihi dan dikebumikan di masjid beliau yang hingga kini dibuka kepada para pencintanya bagi menziarahi maqam beliau yang mulia.

Beliau mengambil tariqat Ahmadiyah yang diasaskan oleh Maulana Sayyidi Ahmad bin Idris dari tangan cucunya yang merupakan gurunya sewaktu di Dunqula iaitu Sayyidi Muhammad As-Syarif bin Sayyidi Abdul 'Ali r.anhuma. Syeikh Soleh mengamalkan wirid serta selawat dari tariqat tersebut. Nama tariqat beliau dinisbahkan kepada beliau hanya selepas kewafatan beliau setelah salah seorang anak muridnya menemui wasiat beliau yang mengizinkan Tariqat itu dinisbahkan kepada beliau dengan nama Tariqat Jaafariyah.

Syeikh Soleh menggariskan tariqatnya dibina dengan asas berikut iaitu Al-Quran, as-Sunnah, pujian kepada Rasulullah (madaih) serta pengajian ilmu.

Beliau pernah menyebut dalam qasidahnya tentang pentingnya ilmu dengan katanya.. "Tariqat kita ialah ilmu.."

Syeikh Soleh juga dengan jelas mengiktiraf As-Sya'irah dan Al-Matrudi sebagai aqidahnya serta keempat-empat mazhab dalam fekah.

Hingga kini tariqat ini berkembang ke pelusuk dunia terutama di Mesir. Bahkan di wilayah Aswan sahaja, tariqat ini berjaya mengembangkan sayapnya dengan mendirikan sebanyak 20 buah masjid serta markaz.

Setiap tahun, anak murid serta pencintanya akan meraikan sambutan maulid beliau di Markaz 'Am Darrasah iaitu masjid beliau yang bersemadi jasad beliau yang mulia. Sambutan akan bermula pada hari Ahad minggu pertama pada bulan Rejab dan berlangsung selama lima hari.

Kini, Tariqat al-Jaafariah akan beroperasi di Negeri Sembilan di Sahah al-Jaafariah yang akan berpusat di Kampung Ismail, Ampangan, Seremban. Mudah-mudahan usaha ini akan dapat membantu umat Islam lebih mengenal Allah SWT. Dan menyumbang kepada pembangunan ummah.

Semoga Allah meredhai Syeikh Soleh dengan keredhaannya, menjadikan syurga tempat tinggalnya,memanfaatkan segala ilmu serta petunjuknya dan memuliakan kita semua dengan mencintainya.. Amin

Tuesday 3 May 2011

CAWANGAN TARIQAT JAAFARI KINI DI SEREMBAN

Assalamualaikum

Ahlan Wa Sahlan ke Sahah al-Jaafari Negeri Sembilan. Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke Majlis kami. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.

IJAZAH

IJAZAH