Tuesday 19 June 2012

Jemputan Majlis Hol Syeikh Soleh Jaafari Di Sahah Jaafari Negeri Sembilan

Jemputan Majlis Hol Syeikh Soleh Jaafari Di Sahah Jaafari Negeri Sembilan

Tarikh : 23.06.2012
Masa : 8.30pg -11.30 pg

Tentatif
1. Bacaan Kanzus Saadah
2. Madeh Jaafari
3. Ceramah Syeikh Murtadza (Mantan Mufti Negeri Sembilan)

Monday 21 November 2011

Jadual Pengajian Sahah Syeikh Soleh Al Ja’fari


Hari / Tarikh
Subjek
Tenaga Pengajar
Masa
Sabtu  1/10
Al Adab Almufrad

Ustaz Shuhada’
8.45 pg
Rabu 5/10
Fawaid Ja’fariah
Zikir dan Selawat
Ustaz Danial
Ustaz Shuhada’
Solat isyak
berjemaah
Jumaat 7/10
Talaqqi Al Quran

Syaikh Dr.Solah al-Qadiri
9.30 mlm
Sabtu 8/10
Al Adab Almufrad
Tauhid

Ustaz Shuhada’
Ustaz Yusri Mazlan

8.45 pg
9.30 pg
Jumaat 14/10
Talaqqi Al Quran

Syaikh Dr.Solah al-Qadiri
9.30 mlm
Sabtu 15/10
Al Adab Almufrad

Ustaz Shuhada’
8.45 pg
Rabu 19/10
Fawaid Ja’fariah
Zikir Dan Selawat
Ustaz Danial
Ustaz Shuhada’

Solat isyak
berjemaah
Jumaat 21/10
Talaqqi al-Quran
Syaikh Dr.Solah al-Qadiri
9.30 mlm
Sabtu 22/10
Al-Adab al-Mufrad
Ustaz Shuhada’

8.45 pg
Jumaat 28/10
Talaqqi al-Quran
Syaikh Dr.Solah al-Qadiri
9.30 mlm
Sabtu 29/10
Al-Adab al-Mufrad
Ustaz Shuhada’

8.45 pg

Riwayat Ringkas Al Imam Abdullah Ibn A’lawi Al Haddad

·         Abdullah ibnu ‘Alawi ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Abdullah ibn Muhammad al Haddad. Beliau dilahirkan di Subair, Tarim pada malam Isnin, 5 Safar tahun 1044 Hijrah / 1634 Masihi dan wafat tahun 1132 Hijrah / 1720 Masihi ketika berumur 88 tahun 9 bulan. Semasa berusia empat tahun, beliau ditimpa penyakit cacar yang menyebabkan beliau hilang penglihatan. Namun Allah menggantikannya dengan cahaya basirah (penglihatan mata hati).
·         Di antara karamahnya ialah Allah telah mengurniakan kepadanya kelebihan kasyaf dapat mengetahui lintasan hati sahabat-sahabat di dalam jema’ahnya. Diiktiraf sebagai mujaddid abad ke-12 sebagai mana yang difatwakan oleh ibn Ziyad.
·         Seorang ahli psikologi dan pendakwah yang berjaya sehingga dinobatkan sebagai Qutb Adda’wah Wal Irsyad.
·         Beliau menyusun Ratib Al Haddad, Wirid Al Latif dan Hizb Al Nasr yang menjadi amalan sebahagian umat islam pada masa ini.
·         Majlis penyajian beliau diserikan dengan adab dan ketenangan. Ketawanya adalah senyuman. Mengasihi penuntut-penuntut ilmu dan golongan yang mencintai akhirat. Sesiapa yang duduk bersamanya akan sentiasa mengingati Allah. Seorang yang dermawan dan pemaaf, sentiasa menjadikan al quran dan al sunnah sebagai rujukan. Banyak membina masjid.
·         Berpegang teguh dengan akidah ahli sunnah wa jamaah iaitu akidah yang disusun oleh Imam Abu Hassan Al Asya’ri.
·         Diantara kitab karangannya ialah:
o   Al Nasaih al Diniyyah
o   Risalah al Muzakarah ma’a al Ikhwan wa al Muhibbin min Ahli al Khair wa al Din
o   Risalah Adab Suluk al Murid
o   Risalah al Mua’wanah
o   Kitab al Hikam

Wednesday 10 August 2011

PROGRAM RAMADHAN SAHAH JAAFARI

Bermula 13 Ramadhan 1432H bersamaan 13 Ogos 2011 jam 5.30 petang akan diadakan Program Tazkirah dan Tazkiah, Bacaan Qasidah dan Taklimat  ringkas berkenaan Tariqat Jaafariah

Pada 13 Ramadhan tersebut Syeikh Ashraf akan menjadi Imam Tarawikh di Masjid Bandar Baru Senawang disamping memberi Tazkirah

Tuesday 21 June 2011

BERMULANYA KELAS PENGAJIAN

Assalamualaikum. Alhamdulillah, kelas pengajian telahpun bermula di Sahah al-Ja'fari Kg Ismail sejak Rabu 15.06.2011. Kelas Pengajian sengaja diadakan pada waktu lapang supaya tidak bertembung dengan program-program surau Kg Ismail. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghadirkan diri dalam Majlis Pengajian yang kami adakan. Moga-moga usaha ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

Monday 30 May 2011

Riwayat Ringkas Syeikh Soleh Jaafariah

Nama beliau Soleh bin Muhammad bin Soleh al-Ja'fari al-Husaini al-Azhari al-Maliki.

al-Jaafari: Kerana keturunan beliau kepada Sayyidina Al-Imam Jaafar as-Sodiq.

al-Husaini: Nisbah kepada Saidina Al-Imam Husain bin Ali.

al-Azhari: Nisbah kepada Al-Azhar, tempat beliau menuntut ilmu agama di tangan para masyayikh.

al-Maliki: Nisbah kepada mazhab pegangan beliau iaitu mazhab Maliki.

Dilahirkan pada hari Khamis 10 Jamadil Akhir tahun 1328 Hijrah di wilayah Dunqula, negara Sudan. Ayahnya bekerja sebagai petani manakala bondanya sebagai suri rumah manakala datuknya merupaka guru A-Quran yang mendidik anak-anak watan mengenali Al-Quran.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar dalam kuliah Syariah Islamiyah hingga mendapat sijil 'Alamiyah al-'Aliyah) yang setaraf dengan Phd pada zaman ini. Ketika itu juga beliau sempat mengambil ilmu dari ramai para ulamak pada masa itu.

Antara gurunya sewaktu di Al-Azhar ialah:

-Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muthi'e
-Syeikh Habibullah As-Syanqiti
-Syeikh Yusof Ad-Dijwi
-Syeikh Hasan Mazkur
-Syeikh Ahmad Sidiq Al-Ghumari
-Syeikh Hasan Masyat
-Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf Al-'Adawi (Mufti pada ketika itu) dan ramai lagi r.anhum ajma'in.

Sebelum kewafatan, beliau telah mendirikan masjid beliau di Hayyul Khailidin, Darrasah dan dijemput mengadap Allah pada petang Isnin, 18 Jamadil Awal tahun 1399 Hijrah bersamaan tahun 1979 masihi dan dikebumikan di masjid beliau yang hingga kini dibuka kepada para pencintanya bagi menziarahi maqam beliau yang mulia.

Beliau mengambil tariqat Ahmadiyah yang diasaskan oleh Maulana Sayyidi Ahmad bin Idris dari tangan cucunya yang merupakan gurunya sewaktu di Dunqula iaitu Sayyidi Muhammad As-Syarif bin Sayyidi Abdul 'Ali r.anhuma. Syeikh Soleh mengamalkan wirid serta selawat dari tariqat tersebut. Nama tariqat beliau dinisbahkan kepada beliau hanya selepas kewafatan beliau setelah salah seorang anak muridnya menemui wasiat beliau yang mengizinkan Tariqat itu dinisbahkan kepada beliau dengan nama Tariqat Jaafariyah.

Syeikh Soleh menggariskan tariqatnya dibina dengan asas berikut iaitu Al-Quran, as-Sunnah, pujian kepada Rasulullah (madaih) serta pengajian ilmu.

Beliau pernah menyebut dalam qasidahnya tentang pentingnya ilmu dengan katanya.. "Tariqat kita ialah ilmu.."

Syeikh Soleh juga dengan jelas mengiktiraf As-Sya'irah dan Al-Matrudi sebagai aqidahnya serta keempat-empat mazhab dalam fekah.

Hingga kini tariqat ini berkembang ke pelusuk dunia terutama di Mesir. Bahkan di wilayah Aswan sahaja, tariqat ini berjaya mengembangkan sayapnya dengan mendirikan sebanyak 20 buah masjid serta markaz.

Setiap tahun, anak murid serta pencintanya akan meraikan sambutan maulid beliau di Markaz 'Am Darrasah iaitu masjid beliau yang bersemadi jasad beliau yang mulia. Sambutan akan bermula pada hari Ahad minggu pertama pada bulan Rejab dan berlangsung selama lima hari.

Kini, Tariqat al-Jaafariah akan beroperasi di Negeri Sembilan di Sahah al-Jaafariah yang akan berpusat di Kampung Ismail, Ampangan, Seremban. Mudah-mudahan usaha ini akan dapat membantu umat Islam lebih mengenal Allah SWT. Dan menyumbang kepada pembangunan ummah.

Semoga Allah meredhai Syeikh Soleh dengan keredhaannya, menjadikan syurga tempat tinggalnya,memanfaatkan segala ilmu serta petunjuknya dan memuliakan kita semua dengan mencintainya.. Amin

IJAZAH

IJAZAH