Monday 21 November 2011

Riwayat Ringkas Al Imam Abdullah Ibn A’lawi Al Haddad

·         Abdullah ibnu ‘Alawi ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Abdullah ibn Muhammad al Haddad. Beliau dilahirkan di Subair, Tarim pada malam Isnin, 5 Safar tahun 1044 Hijrah / 1634 Masihi dan wafat tahun 1132 Hijrah / 1720 Masihi ketika berumur 88 tahun 9 bulan. Semasa berusia empat tahun, beliau ditimpa penyakit cacar yang menyebabkan beliau hilang penglihatan. Namun Allah menggantikannya dengan cahaya basirah (penglihatan mata hati).
·         Di antara karamahnya ialah Allah telah mengurniakan kepadanya kelebihan kasyaf dapat mengetahui lintasan hati sahabat-sahabat di dalam jema’ahnya. Diiktiraf sebagai mujaddid abad ke-12 sebagai mana yang difatwakan oleh ibn Ziyad.
·         Seorang ahli psikologi dan pendakwah yang berjaya sehingga dinobatkan sebagai Qutb Adda’wah Wal Irsyad.
·         Beliau menyusun Ratib Al Haddad, Wirid Al Latif dan Hizb Al Nasr yang menjadi amalan sebahagian umat islam pada masa ini.
·         Majlis penyajian beliau diserikan dengan adab dan ketenangan. Ketawanya adalah senyuman. Mengasihi penuntut-penuntut ilmu dan golongan yang mencintai akhirat. Sesiapa yang duduk bersamanya akan sentiasa mengingati Allah. Seorang yang dermawan dan pemaaf, sentiasa menjadikan al quran dan al sunnah sebagai rujukan. Banyak membina masjid.
·         Berpegang teguh dengan akidah ahli sunnah wa jamaah iaitu akidah yang disusun oleh Imam Abu Hassan Al Asya’ri.
·         Diantara kitab karangannya ialah:
o   Al Nasaih al Diniyyah
o   Risalah al Muzakarah ma’a al Ikhwan wa al Muhibbin min Ahli al Khair wa al Din
o   Risalah Adab Suluk al Murid
o   Risalah al Mua’wanah
o   Kitab al Hikam

No comments:

Post a Comment

IJAZAH

IJAZAH